Sunday, February 20, 2011

aNak2 KU !!!











WAHAI ANAK – ANAKKU,

Sesungguhnya, jalan di dunia ini banyak, kiranya kau gagal dalam satu jalan itu, usahlah kau risau kerana masih banyak jalan lain yang boleh diambil. Tapi, percayalah, jalan ke akhirat hanya satu, pastikan kau tidak gagal dalam menempuh jalan itu. Kerana, kiranya kau gagal, kau akan gagal untuk selama-lamanya.

WAHAI ANAK – ANAKKU,

Kiranya kau bersahabat, bersahabatlah dengan penuh keikhlasan. Janganlah diharapkan apa-apa balasan semasa di landasan persahabatan. Sesungguhnya persahabatan yang disulami dengan keikhlasan nescaya akan berpanjangan. Persahabatan yang berpanjangan akan membuahkan nikmat dalam kehidupan.

WAHAI ANAK – ANAKKU,

Kiranya nanti kau menghadapi ujian yang amat berat yang tidak pernah kau hadapi sebelum dari ini. Ujian yang merobek hati dan perasaan, yang melemahkan akal dan fikiran, yang membuatkan kau tersiksa. Percayalah bahawa kau sedang diperhatikan oleh ALLAH SWT dengan penuh rasa kasih dan sayang. Bertawakallah padaNYA, mohonlah padaNYA kekuatan kerana DIAlah saja yang mampu memberi mu kekuatan. Meski pun kau dikelilingi oleh sejuta manusia, namun tidak ada seorang pun yang mampu memberi mu kekuatan melainkan DIA. Justeru itu, kepadaNYAlah kau bertawakal dalam apa jua rintangan dalam kehidupan, nescaya ada kekuatan dan jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment