Friday, December 31, 2010

❤❤ Merindui...

Ari nie ari terakhir bg tahun 2010...bila mengimbas kembali mcm2 kenangan ada baik pahit kelat masin tp kita lalui smua gn tabah agar apa y berlaku ada hikmah disebaliknyer....then sok bermuLa Laa thn bru n azam bru bg seluruh rakyat malaysia...

"SELAMAT TAHUN BARU"

semua owg dh m'pnyai azam bru dn mgkin ada y dah buat senarai panjang2 apa azam diowg..hehe tp aku plak ape ae azam aku?? ermmmm...arap2 thn dpn tercapai La apa y aku n kowg ingin kan..AMIN....
berbaLik pada t0pik y sebenarnyer, jam pukul 6.45a.m aku dh terjaga dr td0...lepas solat aku terus mengadap laptop aku...hihi buka FB laaa...2laaa aktiviti harian aku sejak jdi sururumahtangga nie...dlm dok belek2 FB aku terasa amat merindui sesuatu...s0 aku buka folder album bagi thn 2010...byk gak aktiviti y aku buat sepanjang thn nie...bak lirik lagu anak ND Lala 2 memori tercipta " Yang terpahit jua termanis ,Semuanya bagiku terindah ,Kuingati buat selama-lamanya ,Di sini jua memori tercipta ,Walau seketika terjalin kasih kita ,Mungkin disini kita kan terpisah ,Kenangan bersama tiada kulupa "


Tarikh : 12/02/2010
Tempat : MCD Perda,Jasco n Summit
Aktiviti : First kami berjalan kaki dr Flat A4 ke MCD Perda..dlm kepanasan just berbekalkan payung usang(time tnghari) tp berbaloi c0z ada owg b'lnje mkn MCD..hehe..lepas 2 b'jln lg kali nie p jasco plak...berpeluh2 smpai sna perkena aircon pas 2 bru tunggu bus p summit....smpai summit destinasi p'1 p beli selipar..hihi nak bg sama jer pun..pas 2 kami pun p melalak(karoeke)..


Tarikh : 13/02/2010
Tempat : Pacifit & Jasco
Aktiviti : Mcm besa dr Flat A4 kami menuju ke Pacifit..xder aktiviti sgt c0z ramai owg...p plak time sehari seblm ari kekasih s0 byk laa owg jual bunga...dr pacifit kami p plak jasc0...tujuan hye 1 just nak m'beli ".........." hehe...ikut p'rncangan aku xnak beli,nk jimat bajet tp smpai jew sana aku owg p'1 y beli..c0z nmpk ada berkenan...


Tarikh : 14/02/2010
Tempat : Penang
Aktiviti : huhu msti agak terkejutkn c0z 3ari berturut2 aku gn mber kuar jln2....kali nie destinasi ke PENANG...bnda nie dh rncang lma tp xdak y ingin m'bwa nyer....last minit ada sowg insan nie sudi jdi pemandu kami....die plak xtahu jln penang,kami apelah lagi mmg sgt2 xtau tp kami buat2 tahu jer..hihi....kami pun ajak "S"(buah ati "E")pas ambik "S" kami p mkn kt stadium(perut lapar gile dh time 2) then kami mnuju destinasi p'1 iaitu taman belia...first time jejak kaki kt c2...apa lg kami pun snap2 gmbar r(mcm2 gaya ada hehe)...tmpat kedua taman botani @ tmn bunga...teruja dpt naik ketaapi kt c2 wlaupun kejap jer..tmpat ke3 komtar p cri kasut mber y putus..hihi ... tmpat last sekali nak p batu feringgi nak tgk pemandangan matahari terbenam tp disbb kan "S" dh blik umh kerana ada hal kami pun dengan sesuka hati menunjuk jln y xbet0l...pusing pnyer pusing bru perasan y kami berada ditempat y sama(mmg kelakar wak2 2...) pusing lagi last2 jmpe jambatan pulau pinang...s0 kami pun keluar then singgah laa pacifit kejap...mber aku sempat karoeke kejap, lepas mghrib kami p berkelah kt R&R gn berbekalkan KFC...


Tarikh : 07/03/2010
Tempat : Taman Negara
Aktiviti : Mendaki gunung y xseberapa smbil menikmati pemandangan laut y luas terbentang..
puas seronok c0z cuaca agak sejuk2 cm di cameron..hihi dn ati pun tenang...lupa segala mslh y ada...



Tarikh : 12-13/04/2010
Tempat : Summit & DSM PSP
Aktiviti : Bermain bowling di summit dan keesokkan hari plak join fmly acik tgk acik konvo



Tarikh : 11/05/2010
Tempat : DSM Politeknik Seberang Perai
Aktiviti : Dinner Akhir Bagi Jabatan JKE n JTMK




Tarikh : xingat
Tempat : Sekitar Flat a4
Aktiviti : Berjoging tuk kuruskan badan


Tarikh : xingat
Tempat : A4-03-07
Aktiviti : admire(peminat misteri) antara bdk2 rumah..antar surat secara rahsia..hihi..sblm exam kami pecahkan rahsia sape admire sape...mmg kelakar laa.

Nie la coretan serba cikit aktiviti aku sepanjang 2010...kenangan y xkan aku lupa smpai bila2...

Wednesday, December 29, 2010

"SELAMAT PENGANTIN BARU PAKCU & MAKCU"













Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu bisa buat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu...
hanya kerna ku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau bisa mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
bisa buat hati kita jadi dekat selalu
kerna Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerna aku takut rasa sayang yang melampau
padamu bisa buat aku melukai diriku..
bisa meruntuhkan kekuatan yang kembali
ku pertahankan.
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi pastikan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..


Wednesday, December 22, 2010

Cerpen: Pilot

Tinggal Esok

Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.

Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.


Roaming Card

Harper Bazaar aku capai. Tak senonoh betul Britney tak berbaju. Dahlah perut bulat macam belon angin.Aku menggelengkan kepala. Lima belas magazine aku angkat sekali. Kerusi plastik aku tarik menggunakan kaki. Perlahan-lahan aku panjat. Harper Bazaar lama aku keluarkan. Yang baru aku sorongkan ke dalam rak. Tiga je aku capai dan campakkan ke atas meja kayu. Ija di bawah terkejut. Sambil mengurut-ngurut dada, makcik yang sorang tu mengomel macam mak nenek. Aku diatas ketawa terkekek-kekek.
Belum sempat turun dari kerusi, Kak Non muncul. Dengan muka serius dan garang. Nama aku dipanggil.

Terkebil-kebil aku memandang assistant supervisor yang jarang tersenyum tu. Aku turun dari kerusi. Rasanya minggu ni aku tak ada lagi buat salah. Semenjak kena marah sebab pandai-pandai guna cash register, aku tak berani lagi nak tunjuk pandai. Dekat dengan kaunter pun aku tak berani. Lagi rela menjerit atau berlari berbatu-batu memanggil budak-budak yang lain. Kak Non jalan mendada. Lurus. Macam orang berkawat. Sampai dikaunter, dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi manakala aku hanya mengendeng ditepian. Tak berani nak dekat-dekat.

“Kau pandai guna roaming card tak?.” Kak Non mencapai beberapa keping kad dari dalam laci. Salah satu disuakannya tepat didepan mata aku. Roaming? Apa benda menatang tu? Aku geleng. Rasa bodoh sangat. Maklumlah, ini pertama kali aku bernafas sendiri lepas habis SPM. Kalau tak sebab kerja ni, mungkin aku masih lagi memerap bawah ketiak mak. Sampai hangit. Sampai masam kot. Kak Non hela nafas. “Ish..benda ni pun tak tahu. Macam kad telefonlah.” Bangang! Aku tambah sendiri. Entah. Terasa ada aura setiap kali Kak Non hela nafas. Macam ada makian dalam tiap kata yang dia tuturkan.

Si Selekeh

Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.

“Give me one roaming card please.” Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.

Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.

“Yes..yes sir. We got it.” Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

“Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?.” Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

“Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran. “Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.

Perlanggaran Kenyal

Pagi tu sepatutnya Kim yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel Sophie Kinsella aku susun cantik-cantik. Confession of A Shopaholic aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi bookworld kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong. Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati

Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man. Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Syuhada. Dah pandai berlagak dengan Kak Non. Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega. Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.

Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Non? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini. Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.

“Alamak! Maaf encik.” Aku buat muka puyu.

“It’s okay.” Jejaka itu bangun. Mengibas-ngibas seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?

Aku kalih wajah ke kaunter. Tersengih seayu mungkin ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.

“Saya tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak.” Aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia turut membantu. Tersenyum.

“Pernah angkat ke anak badak?.” Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.

Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…

“By the way, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia?

Pilot dan Wan

Ingat lagi si selekeh? Rupa-rupanya pilot handsome yang aku terlanggar tu si selekeh. Patutlah waktu dia bangun ada satu bau wangi yang aku cam. Satu hari lepas balik kerja, tengah aku berdiri macam tiang bendera. Seseorang menghampiri. Baru je nak buka langkah silat cekak yang aku belajar waktu sekolah rendah dulu, dia dah surrender dulu. Siap angkat bendera putih. Yakni topi dia tu. Si selekeh ajak makan Mc Donald, dia belanja. Teringat pula cakap mak. Jangan pandai-pandai ikut orang yang tak kenal. Dari sekolah rendah sampai dah besar melangut ni, aku tak pernah tak dengar cakap mak Jadi bila si selekeh mengajak, cepat-cepat aku menggeleng. Macam budak kecil kena paksa makan sayur.Naik pelik orang tu bila aku menolak.

“Come on Syuhada. I nak belanja makan jek.” Topi pilotnya ditanggalkan. Zip beg sandang warna hitam yang tertera lambang Mas ditariknya.

“Mana tahu nama saya Syuhada?.” Aku pandang dia dengan muka hairan. Dia ni pilot ke ahli nujum?

“Adalah..kalau nak tahu jom pergi Mc D.” Topi sudah selamat masuk ke dalam perut beg.
Aku geleng lagi.

Dia garu kepala. Tiba-tiba dia tersenyum. “Ajak Kim sekalilah.” Aku angkat muka. Kim? Mana dia kenal Kim? Haa..ni mesti Kim yang bagitahu ni.

“Tak yah ajak Wan.Kau tak cakap pun aku dah boleh dengar.” Kim ketawa dan menepuk-nepuk bahu si selekeh yang namanya…Wan?

Hakimi Izzatie. Sekali pandang memang macam lelaki. Dua kali pandang baru boleh cam dia tu perempuan. Dahlah nama pun Hakimi..nasib baik ada Izzatie. Kim menarik tangan aku. Menggenggam erat dan dengan paksaan, tanpa rela, aku menapak bersama dua orang makhluk Tuhan yang tak bertamadun. Selamba kodok tarik-tarik orang. Nasib baiklah kau tu kawan aku Kim, kalau tidak….

Stewardess

Petang-petang macam ni, kalau dapat melanguk tepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di playground. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai Honda warna biru peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam.

Elok nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.

“Hai,rosak ke?.” Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.

“Aah..I pun tak tahu what’s wrong with my car tapi I dah call dah my bf. He’s on the way.” Aku mengangguk laju. Hantamro je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.

“Kerja apa?.” Mulut aku ramah-tamah bertanya.

“Stewardess.” Wow..I can see that. Patutlah you ni bergaya habis!

“You?.” Emily bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.

“Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U.” Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Emily. Izwan. Si selekeh. Izwan. Pilot handsome.

Part-Time Girlfriend

Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.

“Apsal kaki tu seret macam siput sedut?.” Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.

“Saje..” Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.

“Hm..rindu..” Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

“Jadi gf saya.” Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.

“Haa??Emily tuh??.” Izwan sengih. “Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf.” Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

Bakal Menantu

Mama Izwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Emily kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka. Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Izwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Izwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.

“Tell me that’s not true.” Emily teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.

Izwan angguk. Datin Norlia berubah wajah. Dah macam naga nak semburkan api. Muka dia..eiii merahnya!!

“For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??.” Datin Norlia terduduk. Emily disebelah ditenangkannya.

“Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Emily tu. I’m over her!.” Izwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.

Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Izwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel. Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.

“Mengantuk..nak tidur.Dah sampai kang kejut.” Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Izwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.

Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Izwan belai perlahan rambut hitamku.

Sejarah Hidup Izwan

Kata Kim, Izwan terlalu sayangkan Emily. Sebab Emily juga dia jadi serabut. Ohh..patutlah pertama kali jumpa dia..sungguh selekeh! Macam orang yang dah berabad tak mandi..eh tak mandi?? Tak..tak..tukar. Macam orang yang dah berabad tak trim rambut. Hishh..baik tak payah sayang kalau dengan sayang orang dia jadi serabut. Kim tepuk tempurung kepala aku.Rasa bodoh sekejap lepas kena hentak. Kim kata Emily tinggalkan Izwan sebab seorang mamat Perancis. Puas dipujuk suruh balik Malaysia, tapi Emily tetap degil. Berbulan-bulan hidup Izwan tak terurus. Asyik terkenangkan Emily je. Emily itu..emily ini.Eh..kejap..apasal Kim terer sangat pasal sejarah hidup Izwan???

“Aku kenal dia pasal kakak aku stewardesslah..”

Oooo..aku membulatkan mulut sambil mengangguk-angguk macam burung belatuk.

“Izwan dengan Emily tu hot couple.Sorang pilot sorang stewardess.”

Oooo..aku angguk lagi. Kali ni siap tersengih. Emily memang lawa apa.Tak mustahiller gossip hangat boleh tersebar meluas.

“Dah tu??.” Aku pandang Kim. Kim pula toleh ke arah aku. Mulut dia sibuk meniup-niup Nescafe panas dari cup polisterene.

“Dah tu..sekarang ni Izwan dah malas nak layan dia dah. Izwan kata dia tak ada hati dah.”

Tak ada hati?? Eleh..kalau tak ada hati pasal apa dia amek aku buat jadi part-time gf?? Bukan sebab nak buat Emily jealous??

Aku garu kepala. Mula atur langkah ke rak magazine. Ada sesuatu yang perlu Izwan jelaskan pada aku.

Food Garden

Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.
Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur. “Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.

“Kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.

“Hm..tanyalah.” Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?

Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

“Kenapa suruh saya jadi part-time gf?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

“Sebab…”

“Sebab….”

Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…
“Saje..” Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..

Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.

Terbang Ke Langit

Sesungguhnya dari Kim, aku dah faham tujuan sebenar Izwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan tray dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka super serius, dia boleh buat lawak bangang. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Kim buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.

“Dia suruh sebab nak buat Emily stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Emily tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Emily.”

Wan ni baik betul dengan Kim..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?

“Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?” Erkk..Kim boleh baca otak aku?? Hebat!

Aku tersengih-sengih. Kalau Kim tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.

“Tak ada apa-apa.” Bohong sunat!

“Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap.”

Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!

“Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya.”

Ayat terakhir Kim buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.

Terakhir Kali

Esok hari last, hari terakhir aku di Bookworld. Mak redha aku dapat belajar dekat Aussie. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Izwan, sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum. Sejak Izwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.

Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.

“Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Syuhada tapi make sure cita-cita tu capai dulu.” Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??

Izwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??

“Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry.” Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?

“Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Syuhada ni dah besar sikit.”

Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Izwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…

Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.

Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.

“Jumpa after kerja. Dekat gate five.” Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.

Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Izwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.

“Syuhada..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

“Tapi? Ni ros untuk siapa?.” Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.

“Untuk awaklah.” Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..

Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Izwan masukkan sebentuk cincin emas putih, kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima. Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan.

“Awak tak mimpilah cik Syuhada oii..” Jari jemari aku dicapainya.

“Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Syuhada montel orangnya.” Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.

“Cincin apa ni??.” Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Australialah!! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam hati suka..

“Cincin kahwin.” Izwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.

“Bila masa saya nak kahwin dengan awak?.” Aku buat muka toya.

“Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Syuhada tak nak terima, nanti dah sampai Aussie pos balik dekat Wan okey.”

Izwan berlalu meninggalkan aku, cincin dan ros putih.

Penamat

Benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Lepas tu ambil spray air, sembur muka. Biar cair semua mekap-mekap ni. Biar basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu. Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak taruk aircond dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti. Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.

Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri. Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata. Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??

Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni?? Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..

“Wan sayang Adah.” Tutur Izwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.

Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Izwan.

“Ada call.” Mak cemas. “Katanya pasal Izwan.”

Sebaik sahaja mendengar nama Izwan, aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!

“Adah…” Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Izwan menangis terbayang jelas dimata.

“Izwan dah tak ada! Flight latihan yang di bawa dia terhempas.”

Ya ALLAH! Saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku meninggalkan jasad. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku teresak-esak. Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Izwan menghantar aku di airport dan aku berpura-pura memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di Aussie, aku segera menelefon Izwan, Izwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di Aussie membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.

Lima tahun yang menduga kami..lima tahun..dan kini dalam tempoh lima hari… Izwan pergi menyahut seruan ilahi. Perlahan-lahan aku renung cincin putih yang tak pernah aku tanggalkan dari saat Izwan sarungkan ke jari manis ini…

Dari : "TENTANG CINTA"

Friday, December 17, 2010

CARPEN : Kesatlah Airmatamu Wanita

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.


“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

“Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi.”

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ‘abang’ dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ‘buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?” ujarku.

“Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?” Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”

“Insya Allah abang….Ain sayangkan abang.”

“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira’.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

“Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Ain…..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”

“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. “Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.

“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

“Ain……abang…..abang nak minta izin Ain……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. “Dengan siapa abang?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

“Faizah. Ain kenal dia, kan?”

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

“A….Abang……Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”

“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”

“Ain…..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.”

“Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan…..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

“Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.” Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

“Ain?……Ain serius?”

“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau…Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

“Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.

“Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”

“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

“Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”

“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”

“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

“Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang……Ustaz Harris…..mahu… melamar saya?”

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

“Kak Ain…..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

“Izah…Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”

“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Ain….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”

“Soal Kak Ain….Izah jangan risau, hati Kak Ain…Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’

“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”

“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah…..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

“Ain…..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

“Kenapa?”

“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi….Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Ain.”

“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `’

“Ain….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”

“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”

“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat.” Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?” Aku menduga keikhlasan bicaranya.

“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ‘ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.


Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Dari : " TENTANG CINTA "

Friday, December 10, 2010

CARPEN : Penawar Kasih

” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”

Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.

” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?

” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.

Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”

Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.

Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.

Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya.

Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu.

Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja.

Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. ” Abang Wan beli apa?” soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan.

” Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu,” ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak… mati aku. Mau bengkak satu badan ni.

” Kenapa wak?” soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. ” Takde apa-apalah. Saya okay jer…” balasku menutup kelemahan diri. Ahh… lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu.

” Ehh… awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah… saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni…” balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh… mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke?

” Mak Long bagi tahu ek?” serkapku pula. Dia tersenyum. ” Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu,” sampuk Nazmir.

Hah! Biar betul?

” Kak Leeya tak percaya ke?”

Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah swt pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah… indahnya kurniaanMu ini.

Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. ” Leeya nak ikut mak Long tak?” sapa mak Long yang datangnya entah dari mana.

” Ke mana?” soalku pula.

” Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu…”

” Kalau tak ikut takpe ke?” balasku lambat-lambat.

” Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah.”

Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari.

Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur.

Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir.

Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya… buah hatiku di hujung talian.

Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini?

Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long.

” Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie… Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu…”

Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa!

Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami.

Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia?

” Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?” tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. ” Errrm… boleh abang duduk sini?” pintanya lagi.

Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. ” Duduklah… nie kan tempat awam.”

” Memang tempat awam… tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke… kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari,” ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu?

” Dah memang lari pun…” Entah dari mana kekuatan… lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu.

” Maaf…”

” Bukan salah Leeya. Salah abang!”

Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti.

” Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue… Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh…”

Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. ” Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?” marahku.

” Maaf… Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang… inilah permulaan kebahagiaan abang…”

Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie…

” I love you since first time I see you!”

” Wan!”

” Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini… tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa… terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima… Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang… Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu…”

Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.

” Assalamualaikum…”

Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. ” Waalaikumsalam…”

” Kata check out jam 9… buat ape lagi kat sini?” tanyaku.

” Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?”

Aku mula tak tentu arah.

” So… nak balik ke tak nie?” tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya.

” Mestilah nak! Beg mana?” ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku.

” Beg? Takde…” jawabku pendek.

” Marahkan abang… lari sehelai sepinggang jer ek…”

Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.

Tuesday, December 7, 2010

CARPEN : Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Dari : "TENTANG CINTA"

Saturday, December 4, 2010

CARPEN :Kau Tak Pernah Jauh

*Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

Dicapainya handphone lalu mendail nombor yang memang disimpan dalam handphone nya itu. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang kekecewaan yang bertakhta di hati. Hampir menitis keluar airmata membasahi pipinya. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Alina masih lagi pegun duduk di birai katil. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua daripadanya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang sentiasa bertamu pada waktu lunch tidak lagi menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.

Mata kecil itu menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepala Alina sehinggakan dia tidak menyedari wajahnya menjadi tamu mata kecil itu. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.

“Abang, kalau orang lain pinang sayang, macam mane?” mata Alina dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan matanya.

Amir hanya tersenyum melihat Alina keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Alina bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Sayang berhak untuk menentukan kebahagiaan sayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan sayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan sayang, abang terima dengan redha.”

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Amir. Alina kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Amir terhadapnya? “Kalau sayang kahwin dengan orang lain dan bukan dengan abang?”

“Abang akan doakan sayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Amir walaupun matanya menangkap kehampaan pada wajah Alina. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa..”

“Seksa?” Alina terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung yang melitupi kepalanya itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Adakah selama ini aku menyeksanya? Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia? Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama lima tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Alina yang sedang keliru “Iyer la.. Seksa menanggung rindu. Biar bakal suami sayang yang ganti abang tanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi yang selalu menjadi sasaran.

“Sakitlah.” Tangan lembut Alina mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada sayang lagi la tu, sampai nak bagi sayang pada orang lain.”

Amir tersengih, gembira melihat Alina tidak lagi bermuram. “Ok, sorry, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius.. Abang sayangkan sayang dan kasih sayang ini tidak akan pudar selamanya. Abang mohon sayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”

Terukir senyuman manis di bibir Alina. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Sayang dah tak perlu tanya pasal tu lagi. Sampai bila-bila pun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain tau.”

Tiba-tiba, semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam tadi hilang setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah mama yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapinya.

“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata-kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Abah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu Alina je yang berikan jawapan lambat sangat.”

Terjegil mata Alina mendengar butir kata itu. “Mama…”

Mama menarik tangan Alina dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi masa merisik.” Manik-manik kecil jernih yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Alina memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudah pun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Alina. “Mama… Amir…”

“Dengar Alina, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk Alina menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan Alina. Kami takkan salahkan Alina jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.

Alina berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu yang teramat sangat di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat dihentikan secara tiba-tiba. “Baiklah mama, Alina terima keputusan itu. Tapi, bersyarat…Alina takkan bertemu dengan bakal suami Alina sehingga pada hari perkahwinan.” suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.

Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.

’25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Amir. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu tidak dijawab.

Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.

“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

“Amir, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”

“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Sayaâ sayaâ tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.

“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”

“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”

“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang. Berikan abang masa untuk abang…”

“Stop it Amir! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.” Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu membuatkan Amir hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.

Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

“Ooo anak dara tak laku” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”

“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.

“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.

“Wah, Tahniah. Amir tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Amir? Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Amir lagi.”

Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang lain.”

“Hah, kenapa?”

“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga, harus dijaga.”

“Habis Amir macam mane? Dia dah tau ke?”

“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku…”

“Yes. What ever you want, just give an order.”

“Tolong rahsiakan hal ni dari Amir.”

Ketulan batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran yang tension dengan kerja yang bertimbun.

“Hai tak puas lagi ke nak cipta tension island tu?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenalinya.

“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak, mau aje aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Amir mencangkung bersebelahan dengan Hairie. “Angah, aku ada cerita sedih la, nak dengar tak?” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.

“Cerita pasal kau atau orang lain?” Amir langsung tidak marah dengan panggilan kata nama kau dan aku itu. Walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

“Pasal aku la..” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Amir mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya. Sekurang-kurangnya ada seseorang mendengar rintihannya dan akan membantu mencari penyelesaian.

Hairie turut bersimpati setelah mendengar cerita Amir. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan sedia membantu. Amir banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia putus cinta, Amir lah yang memberikan semangat dan nasihat.

Baginya Amir adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Amir tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Amir hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Alina. Dia mengagumi Amir kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Amir tetap merindui Alina.

“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa kot..” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

“Hish, aku kenal mama dia macam mane. Aku pernah jumpa mama dia. Mama dia baik je dengan aku. Macam dia berkenan je aku jadi menantu dia..” sejak diketemukan oleh Alina, Amir kerap kali menziarahi Puan Zanariah yang dianggapnya seperti ibunya sendiri.

“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”

“Yup.”

“Kita tunggu jawapannya selepas ini hahahaâ”

“Hotak kau, aku serius, kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Hairie, hampir terjatuh dibuatnya.

“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.”

“Jumpa dia?” Hairie mengangguk.

“Tanya dia?” Hairie mengangguk lagi.

“Kau tolong aku..” Hairie melirik mata. Memang dia sudah mengagak yang Amir akan minta pertolongannya.

Titisan air jernih di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan perlahan-lahan turun jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Hairie yang duduk berhampiran dengannya.

Alina mengangkat kening yang seolah-olah bertanya, namun dibalasnya dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Hairie mengangguk tanda akur. Tiba-tiba ketika dia mula mengorak langkah, terdengar salam dari suara yang amat dikenalinya.

“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.

“Waalaikumussalam.” Amir duduk kembali di tempatnya setelah Alina duduk berhadapan dengannya. “Alina nak makan apa?”

Alina menggeleng kepalanya. “Takpe, saya dah makan sebelum keluar tadi.”

Senyuman mula mekar di bibir Amir. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Saya datang bukan nak tengok awak senyum. Hairie cakap awak ada hal nak cakap dengan saya. Apa hal?”

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna biru dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan dengan kelakuan gadis di depannya itu. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

“Awak, saya tak boleh lama ni, saya datang dengan mama saya nun.” Amir Asyraf turut berpaling ke arah hala kepala Nur Alina berpaling. Di kejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zanariah kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Amir Asyraf.

“Alina, saya cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan kita.”

“Bukankah saya dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Saya tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk saya. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Amir. Terkedu melihat Alina berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.

Langkah laju Alina bersama Puan Zanariah diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Alina berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Alina terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendiriannya kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Amir pulang dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu diubati dengan ungkapan ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana. Perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

Mungkin bukan jodoh, namun namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan agar nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.

Bunyi handphone yang membingitkan itu terhenti apabila Amirah yang berumur tiga tahun lebih mengangkat gagangnya. Amirah dengan percakapan telornya berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Kak Nana tepon. Owang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana.

“Hello.”

“Nana. Aku ni. Kau sihat?”

“Oh, Abang Amir. Sihat. Abang Amir camne?”

“Demam, sakit, semua penyakit dah berjangkit kat aku..”

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”

“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”

Serba salah Nana dibuatnya. “Sebenarnya…sebenarnya,dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Amir faham dan berhenti memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. ‘Dah nak kahwin’ Tidak!! Hmm…Semoga kau berbahagia Alina.

Kurang 24 jam lagi dirinya akan menjadi tunang orang. Hatinya resah memikirkan kekasihnya yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan yang disayanginya itu menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Ya Allah, aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk melawan takdirMu. Fikiran Alina melayang-layang dan wajah kekasihnya itu masih terbayang-banyang diingatan. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata namun, resah di hati menggagalkan dia melelapkan mata.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapainya handphone di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”

“Saya cuma tanya satu soalan saja.” Walaupun gugup, namun diatasinya supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan saya lagi ke?”

“Maaf Cik Nur Alina, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Alina mendengar jawapan yang diluahkan. Namun, ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oo ya, tahniah! Awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”

“Amir, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Amir terharu, namun kata-kata itu tidak berguna kerana Alina akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la tuu, cintakan saya, sayangkan saya, tapi kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?”

Air mata berderai, hanya itulah yang mampu untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Amir ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada orang yang bukan tunangnya.

Setelah seminggu berlalu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Apatah lagi dengan memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kelak. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suaminya.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.

Semasa menanti majlis pertunangan, perasaan kalut menguasai jiwa. Masakan tidaknya tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.

Kepalanya seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Perasaannya berdebar-debar turut melanda jiwanya ketika itu. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Suriani itu disambutnya dengan senyuman yang mengindahkan wajahnya.

Puan Suriani mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Alina akibat dikucup oleh bakal mertua. “Alina, tahniah. Semoga Alina serasi dan bahagia bersama anak mak.”

Diraba dahinya kedinginan masih lagi terasa. Dia seakan-akan berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Amir. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Amir, Alina sayangkan Amir.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata abahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan abah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan abah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksananya. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Amir..

Keriuhan suara orang bertandang menghingarkan majlis perkahwinan. Alina duduk berteleku di birai katil bersama Nadia yang setia menemani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menitis dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Nadia cuba memujuk Alina supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di sebalik keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Alina cuba sedaya yang boleh untuk memaniskan rupa. Namun disudut hatinya terselit rasa rindu terhadap Amir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. “Selamat tinggal Amir, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Amir Asyraf bin Muhammad.” Tersentak Alina mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

“Saya.” Jawab pengantin lelaki. Nadia yang berada berhampiran dengan Alina turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

Setelah selesainya akad nikah, Alina dengan sahnya telah menjadi isteri Amir.

Amir melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin bagi memenuhi adat membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam. Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.
Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!”

Luahan kata dari insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang dikepalanya pada waktu dia terkejut tadi. Alina bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat sayang camni..”

Amir terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung lagi, malula orang tengok ni.”

Berterabur tawa mereka berdua ketika menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Alina berasa bahagia di samping suami yang penyayang dan amat memahaminya. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.
“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok sayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga sayang pada abang yer.”

“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan sayang.” Alina menjeling wajah selamba Amir.

“Sebenarnya, abang pun tak tau yang mak datang pinang sayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Amir. “Kira abang pun dah kena tipu dengan mak, mama dan abah.”

Alina tertawa bersama Amir. “Masa abang bagitau sayang yang abang tak sayangkan sayang tu macam nak gugur jantung sayang tau.Sekarang ni abang sayang ke tak?”

“Mestila sayang.. Tambah-tambah dah ade ni” Amir mengusap lembut perut isterinya. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua-dua mereka. Alina turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.

Dari : "TENTANG CINTA"