Saturday, December 24, 2011
Cinta Selepas Kahwin ..
Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!
Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..
Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!
Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.
Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.
Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??
Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu
Friday, December 16, 2011
Menghargai Ibu Bapa
Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun, menghargai ibu bapa bukan hanya dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan. Ia disebut adab. Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah:
Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa.
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat farhu.
Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya diberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan.
Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa. Hanya satu perkara boleh ditentang , jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.
Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran.Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampong atau bersama ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa.
Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.
Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagian dan dijaga dengan baik oleh anak sendiri.
Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud
“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) ; dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)
Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka. Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:
1. Berdoa dan beristigfar – memohon Allah kurniakan keampunan mereka supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
2. Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
3. Memuliakan saudara dan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan saudara dan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka masih ada.
4. Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.
Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cintanya ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak adalah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.
Hadis Rasullulah s.a.w ada menyebut: “ Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, memanfaatkan ilmu yang diambil orang dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.”
Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam dan putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.
Sunday, December 11, 2011
Penawar Kasih
” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”
Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.
” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?
” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.
Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”
Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.
Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.
Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya.
Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu.
Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja.
Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. ” Abang Wan beli apa?” soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan.
” Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu,” ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak… mati aku. Mau bengkak satu badan ni.
” Kenapa wak?” soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. ” Takde apa-apalah. Saya okay jer…” balasku menutup kelemahan diri. Ahh… lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu.
” Ehh… awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah… saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni…” balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh… mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke?
” Mak Long bagi tahu ek?” serkapku pula. Dia tersenyum. ” Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu,” sampuk Nazmir.
Hah! Biar betul?
” Kak Leeya tak percaya ke?”
Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah swt pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah… indahnya kurniaanMu ini.
Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. ” Leeya nak ikut mak Long tak?” sapa mak Long yang datangnya entah dari mana.
” Ke mana?” soalku pula.
” Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu…”
” Kalau tak ikut takpe ke?” balasku lambat-lambat.
” Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah.”
Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari.
Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur.
Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir.
Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya… buah hatiku di hujung talian.
Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini?
Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long.
” Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie… Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu…”
Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa!
Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami.
Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia?
” Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?” tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. ” Errrm… boleh abang duduk sini?” pintanya lagi.
Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. ” Duduklah… nie kan tempat awam.”
” Memang tempat awam… tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke… kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari,” ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu?
” Dah memang lari pun…” Entah dari mana kekuatan… lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu.
” Maaf…”
” Bukan salah Leeya. Salah abang!”
Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti.
” Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue… Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh…”
Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. ” Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?” marahku.
” Maaf… Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang… inilah permulaan kebahagiaan abang…”
Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie…
” I love you since first time I see you!”
” Wan!”
” Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini… tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa… terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima… Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang… Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu…”
Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.
” Assalamualaikum…”
Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. ” Waalaikumsalam…”
” Kata check out jam 9… buat ape lagi kat sini?” tanyaku.
” Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?”
Aku mula tak tentu arah.
” So… nak balik ke tak nie?” tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya.
” Mestilah nak! Beg mana?” ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku.
” Beg? Takde…” jawabku pendek.
” Marahkan abang… lari sehelai sepinggang jer ek…”
Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.
Saturday, December 10, 2011
Friday, December 9, 2011
MiMpi
