Thursday, January 27, 2011

Cerpen: Hati & Keperitannya

Mega merah ungu yang indah di dada langit menjadi medium perantara di mana sekeping hati mampu berbicara seenaknya tanpa menyedari segala yang berlaku di sekeliling. Aku berjalan perlahan merentasi taman bunga Avila yang di penuhi daun-daun ‘maple’ kekuningan yang bertaburan di tanah. Pohon-pohon itu semakin togel setiap kali angin bertiup. Kesejukan musim sejuk mencengkam sehingga ke tulang hitamku meskipun tubuhku telah dibaluti jaket tebal.

Aku memandang ke depan, ke arah teman-teman sekelas yang sedang bergambar mengabdikan kenangan. Kami memilih Avila sebagai destinasi untuk menghabiskan cuti sempena perayaan Halloween. Perjalanan dari Madrid ke Avila memakan masa sejam setengah menaiki keretapi Renfe. Junpei melambai-lambaikan tangannya ke arah aku, mengajak untuk menyertai mereka dalam sesi bergambar tak rasmi itu. Pelawaan jejaka kacak dari Jepun yang sentiasa kelihatan bergaya itu tak mampu aku tolak.

Aku berlari-lari anak menyertai teman-teman lain, “zusammen photomachen”, jerit rakan-rakanku. Itu kata-kata dalam bahasa Jerman yang selalu kami tuturkan setiap kali ingin bergambar beramai-ramai. Sekurang-kurangnya pengajian di kota Munich selama setahun membolehkan kami menuturkan beberapa patah perkataan Jerman. Kini tinggal tak sampai setahun lagi untuk kami mengharungi sisa-sisa pengajian di kota Madrid pula.

Waktu sudah menjengah malam sesampainya aku di rumah. Kepenatan yang menguasai diri membuatkan akal mengarahkan tangan mencapai pizza dalam peti, memusing 5minit di ketuhar gelombang. Teringat pulak pada mak di kampung yang selalu merungut tentang kemalasan orang-orang bandar berpunca dari kemajuan teknologi. Aku tersenyum sendiri bila menyedari kebenaran kata-kata itu turut melibatkan aku selaku salah seorang penyumbangnya.

Menikmati pizza berperisa tuna sambil menonton rancangan tv dalam bahasa yang tidak sepenuhnya aku fahami membantu otak aku terbang jauh meninggalkan bumi Sepanyol ini. Hebat benar kuasa yang ada pada lelaki itu sehinggakan masa-masa terluang aku sarat dengan ingatan-ingatan tentangnya. Sedangkan hakikatnya dia tak pernah aku temui dalam hidupku. Perkenalan kami bermula secara tak sengaja bila aku terbaca tulisannya dalam blog.

Kesunyian memaksa aku membaca apa saja yang aku temui di internet. Takdir menentukan mata ini singgah di laman blog tulisannya. Laman blog tentang fotografi itu turut menyelitkan isi tulisan yang menarik perhatian aku untuk menjadi pembaca setia. Hazrul akan memaparkan sekeping gambar saban minggu dan dari gambar itu, dia menulis perkaitan gambar itu dalam kehidupan. Sesuatu yang tak pernah terfikir oleh minda aku selama ini.

Tergambar jelas di ruangan mata aku gambar pertama yang aku lihat di blognya ialah gambar sebotol madu yang diletakkan di tepi sebotol racun tikus. “Orang kata kalau kita tak merasa kepahitan dalam hidup, kita takkan dapat menikmati betapa berertinya setiap kemanisan yang hadir dalam hidup. Aku mahu menjadi manusia yang mampu menilai perbezaan antara madu dan racun tapi aku takkan mungkin boleh menelan racun itu, lalu bagaimana pula aku bisa mengetahui betapa manisnya madu itu?”, itu nukilan Hazrul pada gambar tersebut.

Pertama kali membacanya aku merasa yang Hazrul sudah gila kerana ingin menelan racun sekadar untuk mengetahui betapa manisnya madu itu. Lalu aku kirimkan komen pada gambar itu, untuk membantah pendapatnya itu.

Dia membalas komen itu pada e-mel ku, memohon di beri ruang untuk dia berkarya seenaknya dan dia akan memberi ruang kepadaku untuk mengkritik sewenangnya juga, dengan syarat aku harus membaca setiap patah nukilannya berkali-kali agar maksud yang ingin disampaikan akan menjengah ke dasar hatiku.

Aku menarik nafas yang panjang sebelum kembali merenung gambar itu, membuka kotak fikiran untuk berfikir lebih jauh. Akhirnya aku tersenyum sendiri bila dapat memahami apa yang Hazrul ingin nyatakan.

“Betapa selama ini manusia sering merasakan kepahitan itu sebagai unsur negatif yang merosakkan diri sehingga membunuh hati untuk menikmati indahnya kehidupan ciptaan Yang Esa. Betapa insan sering terlupa yang mereka punya pilihan untuk mengharungi setiap keperitan itu, biar pun dipenuhi kepedihan tapi akhirnya apabila ia berlalu, kita akan menjadi orang yang lebih tabah. Semoga selepas itu, perkara-perkara lain yang terjadi dalam hidup akan lebih di hargai dan di anggap manis kerana yang paling pahit itu sudah berlalu pergi, menjauh dari hidup”, aku kirimkan penilaianku terhadap gambar itu setelah puas aku menafsir nukilan kata-kata Hazrul.

Dan di sinilah bermulanya perhubungan tanpa nama ini. Aku akan menjadi pengunjung setia blognya, bersedia untuk menafsir setiap paparan gambar yang di abadikan oleh kamera DSLR Hazrul. Kadang-kadang kami akan berhubungan di laman blognya, atau di e-mel dan selepas itu berlanjutan pula perbicaraan kami di yahoo masengger. Kali ini aku merasakan kata-kata mak sebelum ini tersilap, kemajuan teknologi sekurang-kurangnya menjadikan aku insan yang rajin ….. rajin menaip!

Sejak itu aku semakin menjadi seseorang yang selalu mengaitkan apa yang aku pelajari supaya dapat aku aplikasikan dalam kehidupan. Terkesan dengan laman blog Hazrul, aku semakin ralit menafsir subjek-subjek kejuruteraan yang aku pelajari untuk aku ubah jua menjadi prinsip kehidupan. Apabila Prof Angel khusyuk menerangkan pembezaan demi pembezaan yang terdapat dalam ‘Navier Stokes Equations’ untuk mendapatkan penyelesaian bagi mengetahui kelakuan terma bendalir dalam skala micro electron, mindaku turut khusyuk memberitahu akal, “ Jika kita meneliti sedalam-dalamnya dalam setiap permasalahan yang melanda, kita akan menemui penyelesaian nya walaupun permulaan suatu penyelesaian itu sendiri biasanya amat sukar dan penuh berliku”.

Gila. Memang dunia ini penuh dengan hal-hal yang tak tercapai dek akal. Mana mungkin orang percaya, seorang pelajar sarjana dalam kejuruteraan aeronautik melihat Navier Stokes Equation, Boltzmann Theory, Newton Limit in Hypersonic Aerodynamic, Lagrange-Hamilton Method, dan berpuluh-puluh lagi teori lain sebagai aspek dalam kehidupan. Kadang-kadang aku tak pernah dapat memahami apa yang cuba di sampaikan oleh pensyarah-pensyarahku tentang kegunaan persamaan-persamaan ini tetapi aku mampu mengaitkan semua itu dari sisi lain yang langsung tak punya pengiraan kalkulator, sebaliknya lebih pada pengiraan hati dan akal dalam menafsir persekitaran.

Aku andaikan kegilaan pada akal aku berpunca dari Hazrul. Tapi dia bertegas menyatakan yang aku memang di lahirkan untuk menjadi seorang pemikir sepertinya. Sepatutnya aku mengambil pengkhususan kesusasteraan berbanding kejuruteraan. Aku tak pernah tahu apa yang aku inginkan dalam hidupku. Selama ini aku belajar kerana aku merasakan itu sebahagian dari tangungjawabku terhadap ibubapa ku. Malah, abah yang menyuruh aku memilih jurusan ini sewaktu aku mula-mula mengisi borang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

"Sehingga kini aku percaya bahawasanya ada keberkatan pada setiap perkara yang aku lakukan demi memuaskan kehendakl orang tua ku", begitu penjelasan yang aku berikan pada Hazrul bila dia menanyakan tentang hal ini sewaktu kami berbicara melalui yahoo masengger.

“Hati kau sendiri tak pernah membantah kemahuan mereka?”, tanya Hazrul seakan tak berpuas hati dengan jawapanku tadi.

“Kau sendiri sepatutnya maklum yang soal hati merupakan sesuatu yang subjektif. Kalau hati aku menolak tak bererti hal itu salah dan kalau hati aku menerima nya, tak bererti ia suatu hal yang benar bukan?”, jawabku pantas menjawab pertanyaannya.

“Kau tak punya pendirian sendiri. Menurut kemahuan orang tua mu tanpa bertanyakan kehendak hati mu sendiri”, tukas Hazrul.

“ Haz, itulah pendirian aku. Apa yang orang tua ku fikir terbaik buatku, itulah yang hati aku percaya. Salahkah kalau aku mahu berpegang pada prinsip itu?. Apa selama ini kau tak pernah mengikut kehendak ibubapa mu? ” ,aku menyoalnya pula.

Dia membisu buat beberapa ketika sebelum memberitahu yang dia perlu tidur kerana ada urusan penting awal pagi esok. Aku tak punya sebab untuk membantah alasannya ini kerana aku sedar perbezaan waktu 7jam antara Malaysia dan Sepanyol di musim sejuk. Pekerjaannya selaku jurukamera bebas membuatkan waktu kerjanya tidak tetap seperti orang bekerja pejabat. Waktu kerjanya lebih fleksibel dan lebih bergantung pada tawaran yang diterimanya. Biasanya hasil kerja Hazrul lebih tertumpu kepada gambar-gambar pemandangan untuk slot iklan di papan-papan billboard.

Soalanku tergantung buat beberapa ketika dan aku juga tak mau membangkitkan hal itu sehinggalah suatu waktu dimana Hazrul sendiri berniat untuk menjawabnya. “Ayahku mencurangi ibu. Arghhh, sebetulnya perkataan mencurangi itu tidak tepat kerana dia menikahi perempuan itu secara sah. Cuma ibu merasa ayah mencurangi nya kerana hal ini di lakukan di luar pengetahuan ibu ”.

Aku tergamam seketika, tidak tahu apa perkataan yang sesuai untuk membalas bicara Hazrul itu. Kebisuan aku memberi ruang pada Hazrul untuk terus menaip.

“Waktu itu aku masih kecil. Pertengkaran demi pertengkaran antara ibubapaku menyesakkan otakku. Aku akan mencapai basikal BMX ku, mengayuh selaju mungkin ke lorong kecil di belakang rumah, sehingga tiba di sebuah pokok ketapang yang sangat rimbun. Aku akan berteduh di bawah rimbunan daun-daun itu, menulis apa saja keperitan yang aku rasai waktu itu. Usai menulis, aku akan mengorek lubang kecil dan menanam luahan itu di dalam lubang, dengan harapan segala kepedihan yang aku rasai akan lenyap di telan tanah lembut di depan pohon besar itu. Sejak itu aku memutuskan bahawa apa jua yang aku lakukan dalam hidupku, aku tidak perlukan pandangan orang lain kerana aku punya tanah lembut di pohon ketapang itu untuk aku kuburkan kesilapan-kesilapan yang mungkin akan aku lakukan.”, jelasnya panjang lebar.

“Sekarang aku tahu dari mana kau beroleh kebolehan melihat, menafsir dan merasa objek-objek di sekelilingmu dengan hati.Keperitan itu menjadikan kau insan yang hebat Haz”.

“Aku tak merasa yang aku hebat Hana. Aku sekadar mahu meluah apa yang aku rasa kerana memendam semuanya akan membuatkan aku menjadi manusia berhati batu. Keras tapi kosong, betapa kekosongan sebenarnya boleh membunuh hati, jadi aku lebih rela memilih untuk mengharungi keperitan-keperitan itu supaya akhirnya aku akan menghargai secebis kenangan manis. Aku insan yang aneh tapi keanehan itu kau anggap sebagai personaliti yang menarik untuk membuatkan kau terus berhubung dengan aku, betul kan?”, gurau Hazrul bagi menutup mood syahdu yang sedang menyelubungi perbualan kami.


-------------------------------------------------------


Semakin lama aku berhubungan dengan Hazrul, semakin aku hanyut dalam persoalan untuk lebih memahami hatiku. Suatu hal yang tak pernah aku tekankan selama ini. Kadang-kadang aku seperti terdengar suara halus yang membisikkan bahawa prinsipku untuk menuruti segala kehendak orang tua ku selama ini seakan suatu keputusan yang kurang tepat bagi hidupku. Tapi pantas pula akalku menyingkirkan suara itu jauh-jauh dari hati. Melihatkan pencapaianku dalam hidupku sehingga ke tahap ini, nyata sekali keputusan mereka belum boleh dikatakan silap. Aku tidaklah begitu cemerlang dalam hidupku tapi boleh di kira berjaya berbanding teman-teman sekolahku yang lain. Akalku meyakinkan aku bahawa prinsip yang aku junjung selama ini memang berasas.

Semakin menghampiri penghujung waktu pengajianku di kota Madrid ini, aku lebih banyak menghabiskan masa bersama teman-teman untuk menjelajahi tempat-tempat menarik. Kami sempat menonton ‘bull fighting’ di plaza de toros. Sejenis tradisi yang amat di gemari penduduk-penduduk Spain, melihat bagaimana hebatnya matador yang berdiri megah di tengah gelanggang kerana dapat membunuh lembu gila yang sudah lemah kerana pening selepas di ajak menggila di kiri dan kanan gelanggang.

Bila aku kirimkan gambar-gambar matador membunuh lembu kepada Hazrul, dia memilih sekeping gambar untuk laman blognya. Gambar itu terpapar perbuatan si matador yang sedang mencucuk pedang, tepat ke atas kepala lembu itu dan menyelitkan nukilan, “Ketidak adilan sedang berlaku. Begitu ramai yang menontonnya, begitu ramai juga yang menikmati ketidak adilan itu dengan gembira dan begitu sedikit yang dapat merasa ketidakadilan itu wujud….namun yang sedikit itu juga hanya mampu melihat tanpa mampu menentangnya”.


-------------------------------------------------------


Usai majlis graduasiku di kota Madrid, aku pulang ke tanah air dengan transkript yang menyatakan aku sudah memperolehi ‘Double Master in Aeronautical Engineering’. Kesibukan memulakan tugas selaku pensyarah membataskan masa luangku. Aku memutuskan untuk berjumpa Hazrul buat pertama kali, bebrapa bulan selepas itu di Teluk Batik. Kami duduk di atas pasir pantai, mengarahkan pandangan pada air laut yang biru dan penuh mendamaikan.

“Haz, seringkali aku merasakan langit ini akan menghempapku, bumi pun seakan semakin bergerak ke atas untuk mencuba bagi menyesakkan aku. Terkadang aku jua merasa seperti sekeping telur di celah roti sandwich. Terhimpit, terkepit, perit dan sesak seakan semua mengcengkam menjadi satu dan kini dari telur mata kerbau di celah roti sandwich, aku sudah bertukar menjadi ‘scrambled egg’, hancur lumat di saluti mayonis”, aku melontar bicara sambil mataku merenung laut yang terdampar di depan kami.

“Hana, aku faham ada sesuatu yang sedang memenuhi kotak fikiranmu tapi aku tak mampu menurasnya lagi. Boleh kau jelaskan lagi?”, Hazrul menyoal sambil tangannya menguis-nguis pasir pantai dengan ranting kayu di tangannya.



Aku menarik nafas panjang-panjang sebelum mengalih kedudukanku sedikit untuk memudahkan Hazrul melihat ekpresi wajahku. “Abah menyampaikan perkhabaran yang aku sudah di pinang orang. Selepas itu, apa yang aku dengar dari mak, segala nya sudah di uruskan. Mak turut meluahkan kata-kata penuh keyakinan yang lelaki ini mampu memahami aku dan mampu membahagiakan hidup aku”, berat bicara itu meluncur dari bibirku dan kolam mataku serasa panas bergenang air mata.

“Hana, cuba kau lihat batu,pasir dan ombak di pantai ini”, tangannya mengunjur kearah objek-objek tersebut. Aku mendongakkan pandanganku, menuruti telunjuk tangannya. “Aku ibarat pasir pantai ini, dan kau ibarat ombaknya. Hujan, panas, ribut atau taufan, pantai akan tetap setia menunggu ombak menghempasnya, setia teguh menunggu di situ kerana pantai yakin ombak tetap hadir. Orang tua mu ibarat batu-batu itu, membuatkan alunan ombak menjadi termusnah sebelum ombak sempat mengunjungi pasirnya.”, seperti biasa Hazrul akan mengaitkan persekitaran dalam bicaranya.



“Aku tak punya hak dalam hati dan hidup kau.Tapi aku yakin kau dah cukup memahami apa yang kita bincangkan selama ini tentang hati dan keperitan yang akan di lalui oleh sang hati dalam proses kehidupan. Buatlah keputusan kali ini berdasarkan kata hati mu. Apapun keputusan yang kau ambil, aku tetap disini, setia teguh untuk tidak akan memusnahkanmu”,Hazrul menyambung bicara sebelum bingkas bangun, tersenyum memandangku dan dengan perlahan berlalu pergi dari sisi aku.


-------------------------------------------------------


“Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung oleh tubuhku yang kering dan layu. Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka yang meniti hidupku.”, suara suamiku menyanyikan lagu Penantian dendangan kumpulan Harmoni kedengara sayup-sayup dari arah bilik mandi.

Aku tersenyum sambil merenung gambar perkahwinan kami. Aku punya banyak sebab untuk tersenyum kerana hal yang berlaku tika dan detik ini, tak perlu membuatkan hati terasa perit dan dalam masa yang sama mengekalkan prinsip yang selama ini aku pertahankan. Aku berkahwin dengan insan pilihan orang tua ku yang juga dalam masa yang sama, insan pilihan hatiku….Hazrul si pasir pantai!

Tuesday, January 18, 2011

CARPEN : Gadis di sudut itu

Pertemuan pertama di Art Case Gallery masih segar di ingatannya. Mataku terpana memerhatikan gerak geri gadis itu, gemalai langkahnya tersusun satu persatu. Aku pasti yang aku tak pernah melihat gadis ini berkunjung ke mana-mana galeri lukisan lain mahupun galeri milik Raja Azhar Idris, pelukis terkenal di Malaysia ini.

Gerak gerinya juga nampak agak canggung, “Barangkali ini kali pertama dia mengunjungi galeri lukisan”, otakku meneka sendirian. Aku mengorak langkah, menghampirinya yang masih asyik merenung lukisan di depannya.

“Maaf mengganggu, tapi apa yang kau nampak dari lukisan ini?”, aku memulakan bicara, menanti reaksi darinya. Matanya masih menatap lukisan bertajuk ‘Beware’ tanpa menoleh ke arahku. “Ehem..ehem”, aku mencuba lagi mengalih perhatiannya. Kiranya percubaan kali kedua ku berjaya...

“Saya tak pandai mentafsir lukisan sebab saya bukan pengkritik seni ataupun pengumpul karya lukisan. Tapi saya tahu ada banyak cerita tersirat di sebalik lukisan ini. Banyak persoalan muncul, erm..contohnya apa pakcik tu buat kat taman permainan..kenapa selipar budak ni tinggal sebelah je?” …aduh, panjang bicaranya, lancar bibirnya berkata-kata, namun matanya masih belum singgah ke wajahku.

“Kau peminat Abdul Latif Maulan?” tanya ku lagi.
“Siapa?” soalnya kembali.
“Pelukis untuk lukisan-lukisan yang kau tengok di pameran hari ni” aku menjawab, nada suara ku sedikit jengkel kerana agak sensitif apabila pelukis pujaanku seperti diperlekehkan oleh gadis ini.

Dia menoleh sejenak ke arahku lalu matanya menatap risalah di tangannya yang tertulis‚ ’ABDUL LATIF MAULAN: PARALLEL UNIVERSE ~ FIRST SOLO EXHIBITON 7 June 2006 -16 July 2006’, setelah terarah oleh jari telunjukku.

“Oh, sebenarnya housemate saya yang hadiahkan tiket ini sebagai hadiah hari lahir, sebab tu saya datang. Saya kena berterima kasih dengan dia, hadiah ini mungkin hadiah paling tak ternilai dalam hidup saya”, luahnya jujur.

Aku merasakan kejujuran itu terpancar dari wajah kudusnya. Wajahnya tidak secantik Erra Fazira, bicaranya tidak selembut Siti Nurhaliza, suaranya juga tidak semanja Ella, tapi ada aura pada dirinya menarik aku untuk lebih mengenalinya. Dia melangkah pula ke lukisan ’Silhoutee Journey’, lama dia merenung lukisan itu. Aku tak berniat mengganggunya lalu aku mengambil keputusan berdiam,memberinya masa menilai karya itu. Bergenang kelopak matanya, cepat-cepat dia menyapu setitis air mata yang mengalir di pipinya apabila tersedar yang aku masih di sebelahnya.

“Ini lukisan tentang kes realiti yang pernah jadi dulu kan?” tanyanya merujuk kepadaku. Aku mengangguk setuju. Paparan seorang wanita berseorangan di dalam bas, dan bayang-bayang hitam di bahagian tempat duduk belakang seperti sedang merenungnya tajam. Satu keluhan panjang kedengaran,“tak baik mengeluh“,aku menegurnya.

Kekaguman terbit lagi dari hatiku.? Bukan calang-calang orang mampu mentafsir karya ini kerana karya Abdul Latif Maulan biasanya dikaitkan dengan sesuatu tersembunyi di sebalik yang nyata di mata.

Dia tersenyum manis, menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Sungguh aku tak pernah merasakan tarikan sebegini, malah gerakan jari jemarinya membetulkan tudung di kepalanya pun nampak indah di mataku sehingga aku merasakan seperti mendengar alunan suara Ray Charles menyanyikan lagu What A Wonderful World.

Mabukkah aku hasil air setan yang aku teguk malam tadi?. “Gadis ini biasa saja, tiada yang menarik lalu mengapa aku mengaguminya?”, suara hatiku bermonolog sendiri.

Aku mencuri pandang lagi pada wajahnya, kulitnya putih kuning, hidungnya tidak mancung tapi tidak juga penyek, badannya tidak kurus tapi tidak juga gemuk, penampilannya tidak terlalu bergaya tapi tidak juga terlalu kekampungan...mungkin kesederhanaannya yang memikat. Aku memejam mata, cuba memahat wajahnya dan gayanya kukuh di ingatanku, agar dapat aku abadikan ke layar kanvas selepas ini.

Aku membuka mata, dan dia telah tiada di depanku. Cepat-cepat aku berlari mencarinya sehinggakan aku hampir terlanggar Shahimah, isteri pemilik galeri ini. Tak mungkin sepantas itu dia hilang. Akhirnya aku terpandang gadis itu di satu penjuru galeri, sedang menjawab telefon. Barangkali tidak mahu mengganggu tumpuan pengunjung lain lalu dia memilih penjuru sunyi itu. Ku potretkan detik itu di mindaku, mencurah-curah ilham untuk mengabadikan gerak geri gadis ini. Usai menjawab panggilan itu, dia bergerak terus ke pintu keluar. Aku berlari lagi,mengejarnya yang semakin jauh dari pandangan.

Aku menarik tangan kirinya sebelum dia melintas jalanraya, dia menoleh pantas dan tangan kanannya juga pantas menampar pipiku. Berpijar dan panas aku rasakan..rasa pekak sekejap gegendang telingaku, mengalir darah merah di penjuru bibirku. Wajahnya serba salah sebaik dia sedar niatku untuk mengelakkan dia dari menjadi mangsa ragut lelaki bermotosikal yang hampir-hampir berjaya meragut tas tangannya.

Lelaki jahanam itu pantas memecut laju, menyelit di antara deruan kenderaan lain yang bertali arus. “Takpe, aku ok’, aku bersuara cuba meredakan kegusarannya.

“Maaf awak, saya tak perasan, saya ingat orang yang berniat jahat tadi’, jawabnya yang barangkali masih terbawa-bawa dengan bebanan perasaan dari lukisan Silhoutee Journey tadi. Aku menyambut huluran tisu dari tangannya, terpandang jari jemarinya, “erm...takde cincin lagi“, gumamku sendirian.

“Apa?”, tanyanya.
“Erm..kenapa kau nak cepat-cepat balik?. Banyak lagi karya yang kau tak tengok” aku menyoal tanpa menjawab soalannya tadi.
“Saya ada hal sikit, tapi saya akan datang lagi bila ada masa. Lagipun pameran ni sampai hujung minggu depan kan? Insya Allah, panjang umur, ada kelapangan saya akan datang lagi”, jawabnya sopan dan dia mengatur langkah ke tempat letak kereta. Dia menoleh sekilas ke arahku, “terima kasih banyak-banyak”, ucapnya lalu melangkah terus dan hilang dari pandangan mataku.

Aku masih terpaku di situ, terpesona dengan gerak gerinya sehinggalah aku tersedar dari lamunan bila bahuku ditepuk pensyarahku Suzlee Ibrahim. Beliau merupakan insan yang pernah bertanggungjawab membentuk bakatku sewaktu masih menuntut di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM.

“Dah habis mengkaji lukisan Latif ataupun Ayie dah dapat ilham untuk pameran solo sendiri pulak?” tanyanya seperti dapat menuras isi hati ku ketika itu. Aku sengih sambil melangkah kembali ke dalam galeri, aku mau berlama-lama di sana, mengorek seberapa banyak ilmu yang mungkin aku boleh dapatkan dari pelukis-pelukis hebat lain.

Minggu ini aku habiskan masa di galeri ini, menikmati dan menelaah hasil karya pelukis kontemporari yang aku kagumi. Aku melukis apa yang aku lihat, aku tak mampu menjadi pemikir yang tersirat seperti Latif yang mampu merakam dua warkah berbeza dalam setiap karyanya, tapi aku punya sedikit anugerah kurniaan Yang Esa, lalu aku gunakan untuk menyuarakan isi hatiku dengan coretan warna dan palitan garisan membentuk wajah di atas kanvas.

Kalau orang seusia aku mengagumi bakat Mawi, Yusry, Adam, Sofaz,Kristal ...rasanya aku lebih mengagumi bakat Yusof Ghani, Prof. Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Raja Azhar Idris, Muid Latif, Ahmad Shukri Elias, Prof. Madya Ramlan Abdullah, Intan Rafiza, Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan ramai lagi pelukis-pelukis Malaysia yang hebat.

Karyaku lebih tertumpu kepada kehidupan kotaraya seperti ’my mom and I’(sepasang ibu dan anak membeli belah), ’how do he got it?’( lelaki muda berkereta mewah), ’60’s sibling’(sekumpulan adik beradik pencinta lagu 60-an sedang bermain gitar),’anak ikan’ (gelagat gadis muda di temani lelaki tua) dan ’gothic or ska or punk or i’m confused?’(kerenah belia sekarang dalam berfesyen) antara lukisan-lukisan yang pernah aku hasilkan.

Aku duduk di penjuru dinding yang pernah gadis itu berdiri. Cuba mengutip kembali sedetik memori itu, jariku pantas melakar nukilan itu di kertas putih ditanganku. Balik rumah nanti akan ku pindahkan lakaran awal ini ke kanvas besar. Aku ke galeri ini saban hari, masih menunggunya dengan harapan, kadang-kadang terasa diri ini dungu, tak mampu bertanya nama nya. Hari ini hari terakhir pameran ini.

Aku sudah menyiapkan sepuluh keping lakaran gadis itu di berbagai sudut galeri ini, lakaran gadis itu di jalanraya, lakaran tamparannya di pipiku, senyuman manisnya..aduh,aku diserang angau. Menanti sesuatu yang tak pasti, namun sekurang-kurangnya aku mampu berkarya kembali. Karya terakhir yang aku hasilkan sebulan lalu masih mampu menanggung hidup bujangku.

Aku terkesima, diakah itu? Baju kurung biru bermotif bunga-bunga kecil menyerlahkan keayuannya. Jari ku pantas lagi melakar dan memotret gerak gerinya. Aku membiarkan dia menikmati lukisan-lukisan ’Open For Business’, ‘Toxic Waste’, ‘Forest Reserved’, ‘Belakang’, ‘Ulam Mencari Sambal’, ‘Fantasy Dream’ dan ‘One Way’ karya-karya Abd Latif Maulan. Kali ini aku tak berniat mengganggu tumpuannya, walhal aku jua semakin asyik melakar gerak gerinya. Hampir 10 lakaran dirinya mampu aku hasilkan secara goresan biasa selama dua jam dia di galeri ini. Aku cepat-cepat memasukkan kertas-kertas ini ke beg ’mortar’ku.

Dia menyedari kehadiranku selepas selesai tawafnya mengelilingi galeri itu. “So, macamana?“. Berkerut sedikit dahinya mendengar soalanku, tapi pantas juga dia mengerti bila aku mengarahkan mata ku ke arah lukisan-lukisan itu.

“Amazing artwork, lukisan yang kemas, penggunaan warna yang menekankan penceritaan, ringkas tapi penuh bermakna. Ibarat membaca yang tersembunyi dalam hidup di kotaraya ini. Perlu banyak berfikir, tapi maksudnya memang sampai terus ke hati“, jawabnya penuh keyakinan.

“Kau ni belajar seni atau sastera ke?”,berkerut lagi dahinya sebelum bibirnya mengorak senyuman.
“Saya pernah belajar aeronautical engineering dan sekarang saya jadi pensyarah dalam bidang yang sama. Salahkah orang tak de pendidikan seni sama-sama menikmati keindahan ini?“,tukasnya lalu memandangku menunggu jawapan.

Aku memang jenis manusia yang tak suka menjawab soalan,lalu kubiarkan soalannya tergantung dan menyoal lagi, „“Ada ke aku cakap salah? Apa yang patut aku tahu tentang keindahan aeronautical engineering kau tu?. Terus terang aku tak pernah dengar pasal benda-benda ni. Kau boleh bawak kapal terbang ke?”.

Dia ketawa kecil, masih bersabar dengan kerenah aku yang banyak bertanya dari menjawab. “Saya belajar tentang rekabentuk kapal terbang, kelakuan kapal terbang masa tengah terbang, aliran aerodynamik udara, sifat kelakuan bendalir, kekuatan struktur bahan, menyelesaikan masalah secara sistematik, berapa geseran udara yang manusia kena tempuhi untuk berdiri tegak...itulah keindahannya“, jawapannya tegas dalam kelembutan.

“Aku tak nampak apa yang indah pun dalam apa yang kau ceritakan tu“, aku membangkang pendapatnya sekadar untuk mengheret dia dalam perbualan yang lebih panjang.
“Kapal terbang kena ikut graf penerbangan yang di hadkan oleh batasan-batasan tertentu contohnya had kuasa engin, had daya angkat(lift), had suhu, had tekanan kabin, had tekanan dinamik dan had ketahanan struktur. Semua ni berkait dengan hidup juga, sebab setiap sesuatu dalam hidup ini ada batasannya dan peraturan yang telah ditetapkan untuk kita patuhi, tak kira kita suka atau tak.“, jawapannya kali ini membuat aku terkedu.

Betapa selama ini aku terleka dalam dunia ku sendiri. Terbayang di ruang mataku solatku yang terabai kerana asyik dengan layar kanvasku, berkurung seharian di studio, berjoli di kelab malam dengan hasil jualan lukisanku malah tanpa sedar aku melupakan had batasan yang telah ditetapkan dalam diri seorang muslim sepertiku.

Aku sepatutnya mencontohi Dr. Sulaiman Esa yang merupakan pelukis Malaysia yang mempelopori seni lukisan kontemporari Islam dan sentiasa menyelitkan sedikit pendidikan dan pengajaran berguna dalam karyanya.

“Zahri Asyaari, saya memiliki salah satu karya lukisan awak. Saya memang mengagumi hasil kerja awak, dan saya yakin awak akan berjaya macam pelukis-pelukis terkenal lain.
Barangkali lebih tersohor dari Van Goh, Da Vinci, Lippi ataupun Del Verrochio. Carilah ketenangan dalam hati awak bukan di tempat lain.

Ketenangan itu akan membantu awak berkarya.“, tenang bicaranya satu-satu menusuk telingaku tembus terus ke jantungku. Kali ini aku terdiam, tiada lagi soalan di benakku, huluran sampul merah jambu dari tangannya aku sambut. Dia berlalu pergi selepas memberi salam, meninggalkan aku tegak berdiri di sudut penjuru galeri itu.
Sudut yang sama aku memehatikannya dulu, sudut yang sama aku melakar wajahnya dan sudut yang sama ini juga lah hatiku pecah berderai.

Aku meneliti muka depan kad itu, tertera gambar gadis itu di penjuru kanan dan di penjuru kiri gambar seorang lelaki yang seperti ku kenali. Kata-kata di bahagian dalam merentap jantungku, ’Undangan ke majlis kesyukuran perkahwinan puteri kami Nur Cherrina Emilyia yang bertemu jodoh dengan Akmal Syukry’.

Akhirnya aku teringat, lelaki ini lah salah seorang dari pemain gitar dalam lukisan ’60’s siblings’ yang pernah aku hasilkan dulu. Aku ingat lagi lelaki ini dan adik-adiknya berhenti memainkan alat muzik apabila azan berkumandang, menunaikan kewajipan solat bersama adik-adiknya. Masih jelas juga lagi di ingatanku aku menolak ajakannya berjemaah dengan alasan pakaianku kotor dengan warna cat,dan dengan berhemah di hulurkan pakaian bersih buatku. Hari itu aku solat selepas sekian lama tidak sujud kepadaNya....

“Jika ku tanya padamu manakah arah kiblatmu,apakah jawapanmu sama denganku? Satu rumpun budaya,satu akar bahasa, satu soalan nak ku tanya, adakah kita punya satu suara?“, lagu Satu Suara nyanyian Rausyanfikir yang berkumandang di Radio Tm FM mengembalikan aku ke alam nyata dan menghentikan lamunanku pada peristiwa tahun lalu.

Benarlah kata orang, insan seni jiwanya halus, mudah terasa, mudah juga terluka. Aku terluka kerana terlebih menyimpan rasa buat gadis itu, tapi aku juga terasa bahawasanya dia muncul untuk menyedarkan aku dari lena ku yang dulu. Esok aku akan mengadakan pameran lukisan solo ku : ZAHRI ASYAARI ~ SINAR DALAM GELITA.

Kali ini aku muncul dengan lukisan lakaran kasih sayang dalam kehidupan dan lukisan ’gadis di sudut itu’ bakal menjadi lukisan utama untuk majlis perasmian. Sesuatu yang pasti, aku sudah mengirimkan undangan istimewa buat pasangan Akmal Syaary & Nur Cherrina Emilyia!

Friday, January 7, 2011

CARPEN : Cinta "Makeover"

Apabila berkali-kali Fazlin bertembung dengan tunangnya bersama beberapa gadis-gadis sekolej dengannya, dia bagaikan sudah serik untuk meneruskan pertunangannya. Hari Azman ditangkap khalwat, adalah hari dia mahu memutuskan pertunangannya itu. Namun, ibunya yang begitu menyanjung keluarga Azman, amat keberatan membenarkan dia berbuat demikian. Lalu,
“Kita tak boleh nak sewenang-wenangnya memutuskan pertunangan ini Lin, mama takut nanti mama dibenci bapa Azman, dia tu Dekan mama!”
“Maaa, Lin tak tahan dengan perangai Azman…you know kan?”
“Ya laa…mama pun menyesal dan malu menerima si Azman…emm, apa kita nak buat Lin?”
“The only way to do this ma…ialah dengan membuatkan si Azman itu sendiri memutuskan pertunangan ni!! Eee…geramlah ma!”
“Err…tapi nak buat camana?”
“Alaaa…Lin buat macamana dia buatlah, bagi kena tangkap khalwat dengan lelaki lain…haaa, senang je tu!”
“Issshhh…gila?! Mamaa tanya betul-betul ni, bukan main-main…”
“Betul lah ma…”
“Habis, lepas kau kena tangkap, mana mama nak sorok muka mama ni? Malu satu kolej, satu keluarga kita malu, semua sedara mara tanya apa nak jawab?! Huuu…NO! NO! NO!!”
“Ok then…mama bagilah idea…”
“Okey…emm, apa kata…”

Wajahnya, masam mencuka. Rambutnya panjang mencacak-cacak… kusut masai. Memakai Tshirt putih yang sudah kelabu, jeans levis koyak merata! Sambil matanya kuyu, dia hampir lentok terlena duduk di kerusi depan Pensyarah Mariam…

“Farain!!...pay attention!”
“Hah?!Hah?...ya..ya puan…” Terkejut mat rock itu dari lenanya. Farain adalah salah seorang pelajar kolej yang selalu ponteng kelas, malas belajar dan menjadi pelajar favourite Puan Mariam…untuk diceramah. Tetapi hari itu…satu tugas besar menunggunya.
“Maa…eeiuuu…pengotor lah ma dia ni.”
“Well, dia aje yang ada…yang lain-lain semua tak berminat!”
“Emm Mama, are you serious?...is this the guy? Biar betul…”
“Well…you got better idea?”
“Hahhhh….oklah! oklah!...so apa nak buat seterusnya?”
“Hehe…extreem makeover!”
Terbeliak mata Farain yang mulai kuyu semula. Dia mulai menggaru-garu kepala dan dadanya. “Errr…apa maksud puan tu?...dan..err..dan ..tuju kat saya ke tu?”
“Awak diam Farain!...ikut saja apa saya suruh, memang sudah lama saya nak cuci awak ni, dah lah selekeh, pengotor…busuk pulak tu. Kalau bagus belajar tak apa jugak, ini pemalas!...awak nak saya beri F untuk semua mata pelajaran awak?”
“Ya…ya puan….MAAF!...err…tidak puan, saya nak A hehe...”
“Ok Lin..take him…dan do the makeover!”
“Huuuhh my God!”

Sungguh tidak disangka sekali apabila mamanya telah mencari helah untuk Fazlin dengan mencari lelaki yang sanggup menyamar dan berlakon bermesra dan bercinta dengannya agar boleh membuatkan Azman bertukar benci kepada Fazlin, lantas Azman sendiri yang akan memutuskan pertunangan mereka. Tetapi helah mereka tersekat seketika apabila beberapa lelaki tampan dan segak tidak mahu bekerjasama. Sehinggalah Farain lelaki terakhir yang bersetuju, semuanya kerana tidak mahu gagal di dalam final examnya.

“Eee… ngapa awak renung saya aje? …seramlah!” Kesah Fazlin pada Farain yang baru selesai dimandikan dan dilulur pembantu Spa Puteri di Shah Alam.
“Emm…awak cantik!” perlahan nada suara Farain menjawab.
“YA! Saya tahu…awak tu yang hodoh, comot, dah berapa bulan tak mandi?”
Farain hanya tersenyum dengan wajahnya yang selamba dengan rambutnya yang panjang jatuh menutupi hampir kesemua mukanya. Dua orang pembantu Spa itu tiba-tiba muncul dengan persalinan baru, “Encik Farain…masa untuk berendam air bunga dan mandi susu…”

Farain mengangguk dan mulai melangkah mengikut pembantu-pembantu spa itu, duduk di penjuru, Fazlin sempat berkata, “There you go…pergi cepat!!...abang, tolong berus seluruh badan dia ya, buang semua daki-daki dan karat-karat kat celah-celah tu…hehehe…”

Geram juga rasa di hati Farain, tapi apa nak buat…dia sememangnya sudah berbulan-bulan tidak mandi dan hidupnya sudah tidak terurus dan seperti orang terbuang kerana menggilai seseorang tetapi tidak pernah dilayan sebelum ini.
“Ya lah Cik Fazlin…haa…abang-abang semua, dengar tak Tuan Puteri kita bertitah tu? JOM…do me a makeover, ubahkan saya menjadi seperti raja, so bolehlah saya menjadi pasangan si puteri sombong tu hehehe!
“Ooh..perli saya…”
“Hehe..well, cik Fazlin…bagi saya, you boleh buat makeover macamana sekalipun kat saya, nak jadikan saya charming macamana pun, tetapi dalam diri saya, saya tetap berjiwa rock! Selamba dan santai…”
“Well, Encik Rain…seperti mama saya cakap…JANGAN CAKAP BANYAK! Pergi buat apa yang sepatutnya awak buat! Hehehe…”
“Baiklah sayang…yang cantik…yang manja…abang pergi dulu ya…”
“Eeuui…mat rock gatal…pengotor…go now!”
“…ya lah, ya lah!...gurau sikit pun tak leh. Boring!”
“Hihihi..” Mengeleng-geleng kepada Fazlin dan tergelak sendirian dengan aksi Farain, ...CUTE, yang secara am nya, hodoh tapi menarik!
“Hmmm…entahlah, apa akan jadi seterusnya dengan mamat ni…”

Persetujuan Farain sebenarnya amat menggembiran Puan Mariam yang cukup kenal sangat dengan pelajar kolej itu yang sudah lama memerhatikan anaknya. Malah dia agak benci dengan sikap Farain yang selalu mempermain-mainkannya di bilik kuliah sebelum ini. Tetapi Perubahan mendadak yang dilakukan secara Extreem Makeover terhadap Farain benar-benar mengubah lelaki itu.
Dari seorang yang sangat selekeh, sekarang dia kelihatan sungguh segak walaupun dia bukanlah lelaki tampan. Dari seorang yang selamba dan suka bermain-main dan tidak serius dalam apa jua hal, dia memaksa dirinya menjadi sopan, beradab dan sangat menarik ketrampilannya. Yang berbau dan berdaki, kulit yang agak gelap, kini dia wangi, bersih dan berseri kulitnya. Sehingga kawan-kawan sekuliahnya hampir tidak mengenalinya lagi. Masing-masing mulai bersorak...

“Farain ke ni???...wow! WOW! WOW! WOWW!!”
Begitulah riuh suara ramai pelajar-pelajar kolej lain yang amat terkejut melihat lelaki itu muncul bersama Fazlin menuju ke bilik Puan Mariam. Namun, Farain sangat tidak selesa dengan perubahan itu, kadang-kadang perangai lamanya masih terikut-ikut.
Cuma perkara yang senang untuk dia lakonkan ialah mencintai Fazlin kerana itu sebenarnya sudah sebati dalam dirinya sehingga Puan Mariam dan Fazlin terpaksa berulang kali mengingatkannya yang mereka hanya berlakon. Farain mengangguk lemah, tetapi di dalam hatinya, dia berazam untuk cuba memikat gadis itu supaya benar-benar jatuh cinta kepadanya.

Sudah hampir 2 minggu, panggilan telefon dari Azman tidak dilayan Fazlin, dia benar-benar berusaha untuk membuatkan lelaki itu memutuskan pertunangan mereka. Keletah Farain pula yang selamba rock dan pandai berjenaka, selalu membuatkan Fazlin tertawa riang. Walaupun dia tidak setampan mana, tetapi gurauan Farain selalu menggelikan hati Fazlin sehinggakan Farain dan Fazlin semakin mesra dan amat rapat. Malah, pasangan yang menyamar ini begitu terkenal hampir ke seluruh kolej, sebagai couple yang paling romantik dan happy go lucky! Sehinggalah terdengar ke telinga Azman yang mulai cemburu dan rasa tercabar, lantas, lelaki itu telah membuat lawatan ke kolej…

“Lin…Man dengar, you ada boyfriend kat kolej ni? Apa…you sudah lupa ke you tunang I?...walau apa pun yang telah berlaku kat I..itu semua dusta, orang nak fitnah I…Lin, I sayang you tau…”
“Oh really? Patutlah you tidur dengan macam-macam perempuan…”
“Look…itu semua karut, I tak sayang dia orang okey…I sayang you saja…”
“Sudahlah…I got to go.”
“Nanti sayang…”
Puan Mariam yang nampak akan si Azman dan Fazlin berbual, cepat-cepat memanggil Farain dan menyuruh lelaki itu pergi melakukan tugasnya, dengan membuatkan Azman cepat membenci Fazlin.

“Hai sayang…” tegur Farain, terasa geli di kerongkongnya...tapi terpaksa.
“Hei Rain…dah lama I tunggu you tau”
“Ya?...eh jomlah, kita gi makan…I lapar lah.”
“JOM!” Sambil menjeling kepada Azman yang mencuka rautnya, Fazlin terus saja mencapai lengan Farain dan berkepit rapat, berdua-duaan meninggalkan Azman yang terus terpinga-pinga di situ dan mendengus-dengus kemarahan. Fazlin amat gembira sekali kerana telah dapat membuatkan lelaki itu marah. Dia amat berharap, Azman memutuskan pertunangannya secepat mungkin.
“Tengok tu Rain, Azman dah marah tu…nampaknya kita berjaya.”
“Ya lah, hehehe…baguslah…cepat-cepat dia belah, cepatlah kita boleh mula bercinta, kasi real punya la sikit…”
“Apa you cakap?”
"Tak ada apa..."
"Tadi you cakap kita bercinta apa dah tadi..."
“Huh?..taakkk..hmm..I cakap...bestlah you ada seorang ibu yang sanggup merancangkan kebahagiaan anaknya…I tak ada siapa …yatim piatu.”
“Oh? sorry…hmmm…you tak ada keluarga lain?”
“Ada…bapa sedara I, tapi jauh…kat Australia. Kat sanalah I mula minat Lenny Kravits, Steven tyler…then mula jadi rockers…yeaaaahhhhhh…hahahaha…”
“Hehehe..you ni memang funny guy lah…”

Keesokan harinya, dan hari-hari seterusnya…

Hampir setiap hari Azman datang ke kolej itu untuk berjumpa dengan Fazlin, dia langsung tidak putus asa, dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan memutuskan pertunangannya dengan Fazlin. Malah, Azman juga turut mulai melakukan ‘Makeover’ dengan dirinya sendiri. Azman berubah menjadi seorang lelaki yang benar-benar baik terhadap Fazlin dan langsung tidak cemburu dengan perhubungan Fazlin dan Farain. Sehingga membingungkan mereka berdua…
“Isshh…geram aku dengan si Azman ni. Apahal dia tak give up ah?”
“Ya lah…hmm…apa lagi kita nak buat?”
“Tu lah pasal…gua dah tak tahu nak buat apa dah beb!..err...maksud saya, ...saya sudah tidak tahu...”
"Nevermind Rain!"
"Heh?...hehe okey...tapi mamat ni kacau arrr.."

Farain amat tidak berpuas hati kerana lakonan mereka hanya membuat Azman berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Makin rapat Fazlin dan Farain ‘bercinta olok-olok’, Azman semakin baik pada Fazlin dan telah berubah menjadi seorang lelaki yang amat setia kepada tunangnya, malah begitu understanding terhadap perhubungan Fazlin dengan Farain, sehinggakan semua pelajar-pelajar kolej memuji-muji pula sikap Azman...apa sudah jadi?!

Hari berganti hari… sikap Fazlin pula mulai berubah ghairah dengan perubahan Azman. Dia yang begitu teruja mahu membuat Azman marah dan benci kepadanya dulu, kini beralih arah. Malah dia begitu gembira sekali melihat Azman kembali tergila-gilakannya. Perasaan ingin memutuskan tali pertunangan dengan Azman, semakin pudar di ingatannya. Hampir setiap masa dia meluahkan rasa gembira dan terujanya dengan perubahan Azman sehinggakan membosankan Farain yang berpura-pura suka dengan apa yang telah terjadi.
“Lin happy nyaaa…Rain, At first Azman amat cemburu kan Rain, dia marah sangat, tapi sekarang dia dah berubah jadi baik sangat tau Rain. Bayanglah…dia sendiri yang buat TOTAL MAKEOVER dengan tingkah lakunya!”
“Humhhh...lawaklah mamat tu…nanti gua mandikan dan lulurkan dia kasi cuci!”
“Hahaha…ya..ya..nanti you buat tu. But…Lin rasa happy tau Rain…HAPPY! HAPPY!”
“Ya, I know…I can see, tapi…”
“Masa Lin duk bercinta dengan dia dulu tak macam ni tau…hahaha, I’m so greatful!!! …sekarang baru dia tahu. Itulah, masa I duk gila dan cinta dia sangat dulu, dia buat tak tahu aje, sekarang baru dia nak terhegeh-hegeh. Hahaha…padan muka dia kan, Rain.”
“Emm..well, good for you, okeylah tu humhhh…” keluh Farain. Semakin bosan dengan luahan Fazlin.
“Dia gentleman sangat tau sekarang…dia boleh relax je tentang perhubungan kita. So understanding…dan dia setia kat I, hari-hari datang tuuu, you nampak tak Rain?”
"Macam tu setia you kata?..."
"Aii...kalau tidak, dia takkan datang jumpa I hari-hari ni tau..."
“Yaaa…”
“Yeah! I berjaya! …I berjaya Rain…”
“Berjaya?...bukan ke you nak putus tunang ngan dia? Siap guna I lagi untuk buat dia benci kat you. Sekarang ni you all semakin rapat…apa yang you kata berjaya nya ni?”
Fazlin terdiam seketika, teringat tujuan lamanya yang tak kesampaian tetapi wajahnya berubah ceria bila mengingatkan Azman yang begitu menggembirakannya sekarang! “Hehe…betul jugak kan…tapi I’m happy with him now.”
“Yaa…mungkin makeover dia lagi power…” jawab Farain. Tersimpan perasaan kecewa di hatinya kerana Fazlin tidak nampak yang dia sebenarnya telah lama menyimpan perasaan kepada gadis itu dan jauh di lubuk hatinya, dia benar-benar mencintainya.
"Ya mungkin...hihihi..." jawab Fazlin, tergelak-gelak kecil melangkah kaki meninggalkan Farain, bagai khayal dalam cinta yang semakin indah baginya...Farain mencebik sedih...kecil terasa di hatinya, bengkak jiwanya mengenangkan perhubungannya yang bagai kabus berlalu, tebal tetapi kosong semata-mata...

Akhirnya..., rahsia penyamaran Farain terbocor sudah setelah Azman terdengar perbualannya dengan Fazlin sewaktu dia diberitahu yang helah pembohongan dan penyamaran itu sudah tidak diperlukan lagi...
Farain terdiam seribu bahasa…hilang sudah peluangnya untuk bersatu dengan Fazlin. Lenyap kini cinta yang diidamkannya…tiada lagi harapan kepada cinta yang seumpama cahaya mentari hampir hilang di balik awan mendung...
“FAZLIN!...you buat semua ni untuk I?” Terkejut mereka berdua tersergah oleh Azman yang muncul tiba-tiba. “You sanggup berlakon demi untuk membuatkan I cemburu, Lin?..Wow!”
“Well…yaa…I masih sayangkan you Man…” jawab Fazlin penuh manja, terus saja Fazlin dipeluk erat oleh Azman. Farain tertunduk malu dan perlahan-lahan mengundurkan kakinya, lemah melangkah pergi dan berlalu depan bilik Puan Mariam yang kelihatan sudah lama berdiri di situ sambil tersenyum sinis ke mukanya. Sedih di hati Farain, bertambah pilu dengan riak wajah Puan Mariam…langkahnya terhenti, dia memandang kembali ke arah Fazlin yang terus berada dalam pelukan Azman…bergenang matanya…Bapa Azman muncul perlahan-lahan kemudiannya dengan wajah yang penuh puas dengan apa yang dilihatnya. Sambil berkata,
“Mariam…rancangan you berjaya…Genius!”
“Terimakasih Tuan Ariffin…”
Farain kehairanan...terpinga-pinga dengan kehadiran Dekan itu yang datang entah dari mana. Apa yang dimaksudkan oleh dia ni? Rancangan apa? Lalu perbualan mereka dicelah Farain,
“Apa semua ni Puan Mariam?...rancangan apa ni?”
“Farain!...awak boleh pergi sekarang…awak hanya menyamar di sini dan tugas awak sudah selesai!” tegas Puan Mariam, memuncung-muncung mulutnya.
“Err..ada apa ni Mariam?..siapa budak ini?”
“Err..err…tak ada apa-apa Tuan.”
“Mariam, you memang hebat, bagaimana you boleh tahu anak you akan kembali kepada Azman sebenarnya?”
“Oh? Hehe…sebenarnya I lebih tahu pasal anak you Tuan Ariffin, maaf…tapi, Azman cukup terkenal menyukai gadis yang mempunyai cabaran…jadi bila I ujudkan cabaran untuk dia…pastinya dia akan kembali mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati Fazlin…dan itulah kelemahan anak saya pula.” Jelas Puan Mariam sambil menjeling ke muka Farain dan memberi sedikit lagi senyuman sinis…
“Hahaha…you memang bijak Mariam…BIJAK!”
“Well, berbesan kita Tuan Ariffin?”
“Itu sudah pasti!”
Tersentak seketika minda Farain, bagai terhenyak jantungnya bila dia terdengar apa yang pensyarahnya berkata kepada Dekan kolej itu…lantas dia memandang keseluruhan situasi itu…jelaslah sekarang yang dia hanya dipergunakan oleh Puan Mariam bukan untuk memutuskan pertunangan mereka tetapi semata-mata untuk merapatkan kembali Fazlin dan Azman! Walau dia sedar, segala-gala hanyalah lakonan dia dan Fazlin, tetapi jika untuk membuatkan Fazlin kembali kepada Azman...tidak mungkin dia bersetuju melakukan helah itu... Tambahan kini dia tahu perkara sebenar...Puan Mariam membohonginya, membuatkan Farain terasa begitu terhina dipermainkan sedemikian rupa…

FAZLIN : Sekembalinya Fazlin kerumahnya, semalaman dia terkenang kepada kedua-dua lelaki di dalam hidupnya. Azman, anak Dekan, lelaki kaya dan tampan. Farain pula…lelaki selamba, kutu rock, tidak hensem tetapi selalu membuatkan dia ketawa. Pelik…sepanjang dia berada di dalam dakapan Azman, sedikit perasaan teruja tidak dirasainya, malah tiada perasaan ‘MAGIC’ antara dia dan Azman.

“Aku confused!...bingung sangat!!! Segala kenangan suka duka bersama Farain yang aku anggap langsung tidak bermakna itu pula, yang mulai mengusutkan kepalaku. Ahhh...apa aku nak buat nihhh??! Segala lakonan selama ini, benar-benar buat aku rasa begitu bererti...oh GOD!!. Semua gelak ketawa dan gurau senda bersama Farain ahhh...menusuk kalbu ku... walaupun ianya hanyalah lakonan tetapi bagi ku ia AMAT REAL!...tapi bagaimana pula kasih Azman pada ku??”

FARAIN : Sepanjang minggu, Farain mengurungkan dirinya di kamar asrama lelaki, dia tersangat kecewa dengan apa yang telah terjadi, apatah lagi bila mendapat berita yang Fazlin dan Azman akan diijab kabul dalam minggu ini juga…
“..aku sedar yang aku bukanlah lelaki pilihan Fazlin, aku tak berharta, tak memiliki paras rupa setampan Azman, malah sememangnya aku tidak layak untuk memiliki gadis itu! Ohhh...aku kecewa lagi kali nihh…terluka lagi kerana cinta yang sudah terpendam sekian lama…aku...aku...aku harus pergi dari dunia ini, pergi jauh dari kekecewaan ini...AARRGGHHH!!!”
Jeritan Farain nyata benar menyampai maksud yang dia tidak dapat menerima hakikat yang Fazlin bakal menjadi isteri orang...akhirnya, kerana sudah terlalu kecewa, Farain mengambil keputusan nekad untuk berhenti dari meneruskan pembelajarannya dan pergi ke Perth Australia, pulang kepada bapa saudaranya yang pernah menjaganya dulu. Farain lebih rela tinggal bersama pakcik dan makciknya di Fremantle, menjadi nelayan laut luas daripada melihat cinta hanyut dibawa arus deras…

Di hari pernikahan Fazlin, Farain akan berangkat ke Australia dan sepanjang perjalanannya ke lapangan terbang segala kenangan manis bersama Fazlin mulai bermain-main diingatannya. Sekilas, bercahaya pula setiap detik dan saat bersama gadis itu menerpa terus ke kanta matanya seolah-olah sebuah wayang gambar bermain di depannya…sebak dada tak terkira, senak terasa..dan perlahan-perlahan…air matanya itu gugur juga akhirnya… “Lin…”

Semasa upacara akad nikah Fazlin, gadis itu menangis tidak henti-henti dibiliknya. Entah apa yang bermain di mindanya, dia sendiri bingung! Apabila mengintai di balik daun pintu, memandang ke wajah Azman, dia langsung tidak merasakan keselesaan sebagaimana dia dengan Farain. Dia seolah-olah baru tersedar akan kehilangan Farain, tersedar akan lelaki itulah yang benar-benar menyintainya.

Puan Mariam agak sugul melihatkan perubahan Fazlin sepanjang minggu. Dia kerisauan, kerana dia juga menyedari keadaan Fazlin, jauh di sudut hati perempuan tua itu, dia tahu yang Fazlin teringatkan seseorang…
“Lin…sudah beberapa hari mama tengok, Lin muram saja…I thought you’re going to be happy bila Azman nak kahwin dengan Lin…”
“Yaa…I’m happy mama…jomlah kita jalankan upacara akad nikah ni. Orang pun dah ramai kat luar tu…”
“Happy?...so tangisan Lin ni…tangisan gembira?”
“Yes mama…yes…”
“Lin, you cannot lie to me, I’m your mother…mama mungkin sudah tersilap… mama ingat Lin mahukan Azman...”
“Mama, stop talking about this okey!” airmata yang berjurai di sapu dari matanya yang sembab. “Orang semua menunggu, upacara akad nikah akan dilangsungkan sekejap lagi...er..Lin..Lin mahukan perkahwinan ni…mama pun akan happy sama kan ma?”
Berderai airmata Puan Mariam bila soalan itu diajukan…seperti satu bebanan yang tersangat berat terhempap ke kepalanya…dia merasa begitu menyesal. Melihat ibunya pula yang menangis, cepat-cepat Fazlin memeluknya erat dan Puan Mariam juga memeluk anak gadisnya itu dengan sepenuh kasih sayang…
“Lin…maafkan mama...Lin..err, Lin pergilah kepadanya…pergilah Lin…Rain akan berangkat ke Australia sekejap lagi.” Kata Puan Mariam dalam sebak dan penuh penyesalan…rupa-rupanya dia juga merasakan apa yang Fazlin rasa…naluri ibu yang melahirkan anaknya tidak akan terpisah dari sebuah kepiluan yang menyelubungi.
“APA?!!...apa yang mama cakap ni?...dan Rain akan ke Australia?!”

Di ruang tamu, semua orang mulai resah gelisah menanti kebenaran dari Puan Mariam untuk melangsungkan upacara akad nikah itu. Azman berpeluh-peluh menanti dan terus menanti…tiba-tiba, Fazlin keluar bersama dengan mamanya dari kamar tidur sambil terus menangis teresak-esak. Puan Mariam mulai berkata…
“…Saya ingin meminta maaf kerana membiar anda semua lama menunggu. Tetapi, anak saya ada sesuatu yang hendak dikatakannya.”
Bapa Azman dan lain-lain yang hadir bertambah gelisah. Wajah Imam juga agak terkejut. Azman tiba-tiba bangun berdiri… “Mengapa Lin?..mengapa you menangis?”
“Maafkan I Azman…sebenarnya..I tak dapat…”
“STOP!!...jangan teruskan...please tell me, you bukan nak tarik diri Lin...I love you!…”
“Maafkan I Man…I don't...I don't...”
“APA?!!...You don't apa??...ishhh, ini mesti pasal budak RAIN TU KAN?!!” bentak Azman tiba-tiba.
“Tak…tak...”
“Habis tu…pasal apa you nak hentikan pernikahan kita dan menangis macam ni sekali?!”
“I…I don't love you anymore Azman…I don't feel the love...”
“WHAT??!!!...you jangan nak malukan I dengan keluarga I okey!...dah lama I bersabar dengan you, dah lama I berlembut dengan you, ingat senang ke I nak buat semua tu kat siapa-siapa saja. Tolong sikit okey!”
“Azman...please understand!”
“Ahh…you jangan nak berlakon lagi lah!”
“Azman dengarlah tu penerangan anak saya tu.” tambah Puan Mariam cuba memahamkan Azman.
“Mariam…apa semua ni?!” Dekan pula mulai bersuara.
“So you don't love me anymore??...Hey Fazlin…you ingat I tak tahu siapa Rain tu sebenarnya?..takkan you jatuh cinta dengan kutu rock tu pulak? …are you serious? Huh, who’s he? NOBODY!!”
“AZMAN!...”
“Huh… you nak tinggalkan I untuk lelaki yang tak guna tu?...tak ada pelajaran, merempat! Please lah…
“Sampai hati you Azman…I ingat you sudah berubah selama ni…”
“Sudahlah tu Lin…” pujuk Puan Mariam melihat tangisan Fazlin yang semakin menjadi-jadi dan terus teresak-esak.
“Mariam…you dan anak you telah memalukan kami sekeluarga hari ni. You tahu apa akibatnya, kan. Sudahlah Azman, Tok Imam…mari semua, KITA BALIK!”
“TIDAK AYAH!...Man takkan balik, mereka ni takkan memalukan Man, ayah!”
“Sudahlah Fazlin…pergilah kejar Farain sebelum kapal terbang berangkat pergi.” kata Puan Mariam yang sudah malas hendak dengar kata-kata Dekan lagi maupun Azman sendiri.
“Baik mama.”
“Hei, hei..mana kau nak pergi tu Fazlin?...FAZLIN!” jerit Azman melihat gadis itu yang terus bergegas untuk ke Airport tanpa menghiraukan siapa-siapa lagi.
“Fazlin!...Fazlin...FAZLINNNN!!”

Fazlin tercari-cari Farain di airport. Keberangkatan Pesawat ke Australia hanya tinggal 15minit sahaja lagi. Fazlin tahu, Farain pastinya sudah pun masuk ke ruang boarding pesawat. Lalu dia terus berlari dan berlari sehingga merempuh sekuriti di muka depan pintu departure. Fazlin terus berlari ke gate 28, dan kelihatan pesawat Quantas Airways masih di parking bay. Dia melonjak kegembiraan sedang beberapa sekuriti masih mengejarnya pula di belakang. Sampai di luar boarding area gate 28…Farain kelihatan sedang melangkah longlai memasuki aerobridge untuk masuk ke pesawat.
“RAIN!!...RAIN!!...TUNGGU!!” jerit Fazlin dari luar dinding kaca yang tebal itu, namun tiada siapa yang dapat mendengar jeritannya. Fazlin memukul-mukul dinding kaca itu pula, “RAINNN!!!!”
Malangnya, Farain terus berjalan masuk ke pesawat dan belum pun sempat Fazlin mengejar Farain ke dalam boarding area, dia telah ditangkap sekuriti.
“RAIN!!...Hu! Hu! Hu!...Rain…Rain…” rintih Fazlin semakin lemah memanggil Farain dan dia hanya sempat melihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam kapal terbang yang kini sedia untuk bertolak. Fazlin terduduk di lantai tersangat kecewa dan dia tertunduk, kecundang di situ dengan hatinya yang teramat-amat sedih sekali menangisi kehilangannya…“Huhu..huhu...Rain...Hu!Hu!Hu!...Rain…Rain…”

Tiba-tiba, naluri Farain bagai terasa… “Uhh??...seperti ada orang memangil nama ku?” Farain berpatah balik dan berjalan keluar dari aerobridge lantas menjenguk di luar seketika. Dia menoleh sekeliling tetapi tidak nampak sesiapa. “Huh..khayalan aku barangkali…” terus saja dia berpatah masuk ke pesawat balik dan tidak perasan yang Fazlin masih terduduk di lantai, dalam tangkapan sekuriti.

Di dalam pesawat, airmata Farain menitis-nitis di pipinya. Kekecewaannya itu sangat menghiris hatinya. Tetapi apakan daya… “Lin…walau ku masih mencintai mu, aku harus meninggalkan mu dan harus melupakan mu…walau nurani ku masih menginginkan mu dan hatiku masih mencintai mu…aku harus merelakan kau pergi…”

Itulah pengorbanannya, walau dia teramat menyintai Fazlin, tetapi dia merelakan gadis itu pergi bersama orang yang dia lebih cintai...tetapi sesuatu yang teramat sedih sekali, Farain tidak menyedari yang sebenarnya cinta Fazlin hanyalah kepadanya…


“Kita tidak akan merasa kehilangan orang yang kita sayangi kecuali setelah kita kehilangannya...”

Tuesday, January 4, 2011

tuk alyaa & anna

terasa sedih nak buat entry arinie...tnpa tersengaja tetiba jer air mata jatuh membahasai pipi...
enth laaa xtau nak gmbarkan persaan sekarang nie .
ermm....
Seperti y kak wani gtau nie Laaa hadiah tuk aLyaa & anna...
arap alyaa anna suka ok...dan dgn harapan kak wani doa alyaa n anna berjaya dalam pelajaran, jdi anak y solehah n ceria2 selalu k
y pnting sentiasa rindu2 kak wani..hihi
kalau nak pindah colling2 kak wani k...

Saturday, January 1, 2011

INNER MUNCUNG !!!

W6-RM8
1-available

W10-RM8
1-available,.1-available


W7-RM8
1-available


W5-RM8

1-available,..1-available

W4-RM8

1-available,..1-available
W3-RM8
1-available,..1-available

W2-RM8
1-available

**berminat sila PM saya di FB or email saya di bucuk_wanie@yahoo.com

**bagi peminat inner warna hitam @ putih bole booking dlu..

**harga xtermasuk pos.+rm6 utk POS LAJU